Friday, 2 September 2016

alkisah

CINTA DAN LUKISAN KEHIDUPAN+.


CINTA itu seperti lakaran untuk sesebuah kehidupan yang menjadi pelengkap dan mencantikkan jalan cerita seseorang. Masa dan waktu  itu adalah warna  yang akan mncantikkan lakaran cinta dalam kehidupan.
LUKISAN yang mempunyai wajah wajah yang dipamerkan melalui watak manusia. jam dan putaran itu adalah watak tambahan yang menghiasi perjalanan.
masa dan waktu ...pertemuan dan perpisahan...senyuman dan tangisan ...bahagia dan dendam... semuanya menjadi asam garam menyempurnakan rasa dan perisa kehidupan...

pernah satu ketika seorang watak bernama iko telah mengabungkan kan kedua-dua elemen kehidupan ini dan menjumpai ketenangan yang tiada bandingan. Cinta nya tidak pernah ditolak malahan lukisan nya terbaik dalam segalanya. menjumpai cinta diatas sehelai kain dipanggil sejadah dan sebuah buku lukisan yang dihiasi tulisan kesenian islam dipanggil khat nasar. buku tersebut menceritakan pengalaman umat terdahulu sejarah kehidupan, ilmu sain dan teknologi hatta kehidupan seharian kita turut diceritakan. buku itu dipanggil kitab suci al-quran yang tak pernah membinasakan ummat dan membawa kepada jalan yang salah. Iko dapati bahawa cinta kepada manusia hanyalah membawa kepada kebinasaan dan cinta terhadap pencipta kita akhirnya membawa kepada kecermelangan didunia mahupun dialam akhirat.

POHON CINTA ITU PADA SANG PEMILIK HATI, KERANA CINTA ITU DATANG DARI HATI YANG SANGAT LEMBUT DEK DIHIRIS PISAU YANG TAJAM 

Bukan lah salah untuk memilih cinta didalam kehidupan kerana kehidupan kita bukan boleh diatur dengan akal manusia yang kecil lagi hina. jika maut yang datang adalah berharikan esok, tiada siapa mampu menghalang kerana jodoh, ajal, maut, kehidupan semua nya telah dirancang sejak dari awal lagi. 
boleh dikatakan semuanya telah dilukiskan
tapi bukan kah sebuah lukisan iatu boleh diubah warnanya dan bentuknya, sama lah macam kehidupan kita.
jangan asyik menyalahkan takdir, tapi salahkan lah pada diri yang tak pernah mengubah TAKDIR....



pesanan dari diri yang hina :)