Saturday 7 October 2017

sejarah hitam atau putih urusan mu

masa itu ibaratnya pedang 
tersilap langkah terus dipancung
namun Allah itu maha adil, bukan?
biarpun kita lambat Dia mengampunkan.

sejarah hitam itu perlu disimpan, kerana siapa pun diri kita bermula dari bawah. bukan wujudnya kita terus jadi seorang wali allah. belajar dari kesilapan yang terus menjadi guru terbaik. pengalama adalah instruman paling baik bagi mencapai qualiti hidup yang lebih cermelang.

masa silam ibarat emas 
kadang menjadi keras
kadangnya menjadi lemas
namun itu realiti untuk bernafas..

jam demi jam ku menoleh, masa demi masa daku padang, detik demi detik bergerak, tapi apa kesudahan semua ini, adakah Allah cipta kita tidak bertujuan dan berhenti dan terus mati dengan masa yang terus bergerak. Ingat lah wahai anak muda sesungguhnya allah mencipta kita bertujuan, yang mana kita mesti mencari erti kehidupan itu sediri. jelasan surah al baqarah ayat ke 30:
yang bermaksud : 

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

duhai masa silam bergerak dan tinggalkan lah yang batil dan yang mugkar, ayuh masa ini kita mencari misi kita. sebelum menutup kalam, sebelum diri melepaskan kata :

tarbiyah bermaksud mendidik
banyak lagi perlu dididik
agar diri tidak terselekoh 
jauh meninggalkan dakwah islamiah 



senyum juga satu dakwah
sampaikan walaupun satu ayat 

No comments:

Post a Comment