Wednesday 2 November 2016

SELANGKAH MENUJU MU

siapa sangkah langkah akan berakhir dengan kematian dan ianya pasti?
siapa yang mampu menghentikan langkah selain dari Dia ?

cinta itu bulat dan bersinar,
senarilah dengan cahaya keimanan,
bukan hasad dengki manusia yang mencemar,
dek kain putih dicomoti kepalsuan dan permainan.

lumrah manusia itu merasai kasih sayang, merasai perlu dihargai, terasa kurang kasih sayang dan mengharapkan simpati saat sukar mendatang. tapi ingat :

masa itu perlu dalam percintaan,
hidup memerlukaan langkah yang baik.
tanpa cinta dalam kehidupan ,
langkah kita mungkin terbatas dan terbalik.

siapa sangka saat ini kita masih leka dengan permainan cinta dunia yang tak pernah berhenti dan bersandiwara dalam kehidupan kita . bila sudah tertipu:

cinta itu palsu dan benggis,
cinta itu dijijikan dan dan dipermainkan.
namun tetap sahaja ianya  terus,
bermain dengan kenikmatan dunia yang mensiakan.

elok sahaja betol kan niat agar kita sentiasa bermain dengan cinta yang sejati dalam panduan dan jalan yang lurus. anak muda dan generasi islam baharu. perubahan itu kita laksanakan kerana allah tak akan mengubah sesuatu kaum( bangsa, agama  dan negara) itu melainkan mereka mengubah nya.
dengar lah:

teruskan langkah menghadapi rintangan,
tersungkur dalam medan bangkit dan berikan tentangan.
perjalanan kita masih jauh untuk mendepaninya,
kejarlah cinta-Nya sebelum mencntai hambanya.

#dakwah_itu_indah
#hamba_nasihat
#hidup_itu_memerlukan_maklamat_yang_jelas
#senyum

Tuesday 11 October 2016

HAKIKAT DAN REALITI

pemodenan acap kali kita dengar di era pemodenanan ini telah menghasut siswazah-siswazah yang mempunyai daya pemikiran yang matang .... wawasan 2020 dari pelaksanaan matan perdana menteri ke-3 semakin kabur dek kewujudan pelbagai kontrovosi, amalan jenayah kolar putih diperingkat tinggi dan pelbagai ancaman yang munculdalam negara kita.

merah dan kuning .. warna negara yang tercinta. imbas kembali warna Jalur Gemilang.
merah membara semangat wajar
putih mu bersih budi pekerti
kuning berdaulat payung negara 
biru perpaduan kami semua...
adakah lagu ini terbina untuk mengucar kacirkan pendirian kita
mana nya semangat bangsa melayu yang ingin kan perubahan.
jangan disangkakan melayu itu pentingkan diri .. akibat nya akan merana seumur hidup..
kita bangsa melayu, bangsa kepahlawanan, darah pendekar, darah hang tuah dan ingat lah tak akan hilang melayu didunia..
mana perpaduan yang terbina sejak zaman pemerintahan matan perdana menteri pertama Tun Abdul Rahman Putra AL-Haj..

walaupun kita sehati, satu bangsa satu identiti tetapi jiwa masing-masing..
masihkah kita memikirkan diri kita, bukannya bangsa ?
sedarlah akan kewujudan melayu yang dahulu bersatu padu, melawan penjajah dri selatan hingga lah timur,peperangan tiga segi, peperangan saudara, semua nya akibat kejatuhan EMPAYAR ketamadunan kita akibat dari mementingkan diri sendiri....

JIKA ALLAH HADIR KAN TUN DATO ONN JAAFAR SEBAGAI PERMULA LEGASI PEMBENTUKKAN MALAYSIA , MAKA ALLAH HADIR KAN PEMIMPIN UNTUK MEMIMPIN NEGARA MALAYSIA.
JIKA ANDA MAHUKAN KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN INGAT LAH 
BAHAWA ISLAM TERBINA ATAS DASAR MENJAGA KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN UMMAH...

#REALITI.. ELAKAN PERGADUHAN LAKUKAN KEAMANAN
semua orang ada hak untuk bersuara.. untuk menyelesaikan pergaduhan bukan dengan cara kekerasan tetapi dengan kelembutan BERBINCANGLAH 

Thursday 6 October 2016

hakikat bukan kenyataan

ombak melibas pantai tanpa henti"
angin meniup diri yang sedang dilema
mencari pencinta atau pemilik cinta
saat semua kata-kata itu dihempas dalam ingatan saat itu aku mula sedar bahawa
CINTA sebenarnya UJIAN bagi KITA sebagai SEORANG HAMBA

lumrah pencintaan,menyanyangi serta disayangi
bila dicerita pasal hukum.
apa kah hukumnya bercinta di zaman persekolah yang penuh cabaran dan zaman di institusi pengajian tinggi yang penuh dilema?
namun pendapat saya,
yang halal tetapnya halal dan yang haram tetapnya haram,
dalam dunia ni mesti ingat bahawa yang haram tetap haram dan tak akan ada cara yang akan menghalalkan yang haram

keluasan hidup didunia ni sementara dan sempet semata jika di bandingkan kan kenikmatan syurga ilahi telah mengabaikan tugas kita sebagai seorang hamba
berbalik pada topik kita.
untuk kuat kan apa yang saya cakap kata tokoh terkenal mesti diletak.. Rasulullah saw
"umat diakhir zaman akan mengikut golongan yang paling ramai, sedangkan golongan yang sedikit itu benar."
benda ni telah wujud pada era masa kita kini..
benda yang janggal dan berdosa itu diagung kan dan yang elak dari perbuatan dosa itu dianggap pelik..

keikutan sifat ingin mencuba dan ingin meneroka ke alaf percintaan ala moden telah menyebabkan aqidah dan umat diakhir zaman ini lemah untuk memberi dan menegakkan lagi warna keindahan islam.
wahai anak mudah islam
ingat nabi bukan sahaja tinggalkan kan kita dua benda dijadikan panduan hidup al-quran dan assunah
jika kamu ikut kamu akn terselamat dari seksaan azab api neraka ..
tapi nabi tinggalkan amanah menjaga dan memelihara agama yang sekian lama diwujudkan ...
AGAMA ISLAM .. jika kita tidak memertabatkan agama islam siapa lagi??

jika allah hadirkan teknologi untuk merosakan
jadi allah datangkan intelektual untuk kita menggunakan

setiap yang berlaku ada hikmahnya

yang baik datang dari allah
yang buruk dari saya sendiri
hanya selingan dakwah
hamba yang menyampai

Friday 2 September 2016

CINTA DAN LUKISAN KEHIDUPAN

CINTA DAN LUKISAN KEHIDUPAN+.


CINTA itu seperti lakaran untuk sesebuah kehidupan yang menjadi pelengkap dan mencantikkan jalan cerita seseorang. Masa dan waktu  itu adalah warna  yang akan mncantikkan lakaran cinta dalam kehidupan.
LUKISAN yang mempunyai wajah wajah yang dipamerkan melalui watak manusia. jam dan putaran itu adalah watak tambahan yang menghiasi perjalanan.
masa dan waktu ...pertemuan dan perpisahan...senyuman dan tangisan ...bahagia dan dendam... semuanya menjadi asam garam menyempurnakan rasa dan perisa kehidupan...

pernah satu ketika seorang watak bernama iko telah mengabungkan kan kedua-dua elemen kehidupan ini dan menjumpai ketenangan yang tiada bandingan. Cinta nya tidak pernah ditolak malahan lukisan nya terbaik dalam segalanya. menjumpai cinta diatas sehelai kain dipanggil sejadah dan sebuah buku lukisan yang dihiasi tulisan kesenian islam dipanggil khat nasar. buku tersebut menceritakan pengalaman umat terdahulu sejarah kehidupan, ilmu sain dan teknologi hatta kehidupan seharian kita turut diceritakan. buku itu dipanggil kitab suci al-quran yang tak pernah membinasakan ummat dan membawa kepada jalan yang salah. Iko dapati bahawa cinta kepada manusia hanyalah membawa kepada kebinasaan dan cinta terhadap pencipta kita akhirnya membawa kepada kecermelangan didunia mahupun dialam akhirat.

POHON CINTA ITU PADA SANG PEMILIK HATI, KERANA CINTA ITU DATANG DARI HATI YANG SANGAT LEMBUT DEK DIHIRIS PISAU YANG TAJAM 

Bukan lah salah untuk memilih cinta didalam kehidupan kerana kehidupan kita bukan boleh diatur dengan akal manusia yang kecil lagi hina. jika maut yang datang adalah berharikan esok, tiada siapa mampu menghalang kerana jodoh, ajal, maut, kehidupan semua nya telah dirancang sejak dari awal lagi. 
boleh dikatakan semuanya telah dilukiskan
tapi bukan kah sebuah lukisan iatu boleh diubah warnanya dan bentuknya, sama lah macam kehidupan kita.
jangan asyik menyalahkan takdir, tapi salahkan lah pada diri yang tak pernah mengubah TAKDIR....



pesanan dari diri yang hina :)

Monday 25 July 2016

HARAPAN BANGSA 


BUKAN KAH MANUSIA ITU DICIPTA MEMPUNYAI AKAL DAN NAFSU YANG TAK AKAN PERNAH ADA KESUDAHAN SEHINGGALAH KEMATIAN MENJEMPUT?

Anak muda, bangkit lah menuju parca kemerdekaan dengan penuh harapan mendukung Cita-cita negara, bukan dari segi fizikal SAHAJA  malahan dari segi mental.
Dewasa ini kita mendengar banyak pertikaian dalam negara, tetapi anda lupa dan alpa akan kesempatan untuk hiduyp HANYA  sekali. Jika pengakhiran anda ditempat yang baik alhamdulillah.

ANAK BANGSA MELAYU, INGAT TAK PESAT HANG TUAH KEPADA KITA SEMUA
"TAK AKAN MELAYU HILANG DI DUNIA.."
Kata-kata ini adalah untuk kita menuruskan perjuangan yang mungkin datang nya dari persekitaran luar atau juga dalam diri kita sendiri. Tanpa kita sedari yang dahulu nya melayu dipandang tinggi kerana sifat kewibawaan dan kepahlawanan, tapi realiti kini, kita dalam, ambang kegelapan yang merundum akibat ketaksuban dan kegilaan mengekori budaya kuning yang patut dihentikan ..

WAHAI ANAK MUDA KU YANG DISAYANGI
PELIHARA LAH AGAMA MU,AKHLAK MU, KETURUNAN MU DAN MARUAH MU.
Jadikan apa yang buruk itu sebagai iktibaruntuk kita menempuh arena kehidupan yang masih panjang..
jatuh sekali tak bermakna anda gagal untuk membuat perubahan...
JADIKAN ;LAH ALQURAN DAN AL HADITH ITU RUJUKAN PERTAMA DALAM MENEMUH KEJOHANAN KEHIDUPAN YANG PENUH MENCABAR....

PESAN IKHLAS DARI : IG: ORG_TUA
APA YANG BAIK ITU DATANG DARI ALLAH DAN BURUK ITU DARI SAYA SENDIRI

ASSAKAMUALAIKUM

Wednesday 16 March 2016

pemimpin masa hadapan

bila ditanya masyarakat pada hari ni semua mampu menjawab
apa ertinya pemimpin yang adil?'
mukin jawapannya yang kita akan dapati ialah
pemimpin itu mesti adil dan berfikiran jauh sejauh eropah dan semaju jepun.

tapi apakah kita adil pada diri kita sendiri
sesungguhnya tercatat pada al-quran nur karim
setiap dari kamu itu diciptakan sebagai
 seorang pemimpin.

tapi adakah kita sendirii adil pada diri kita??
mungkin yea tapi mungkin juga tidak
adakah kita sudah cukup ilmu untuk memimpin diri kita??
atau mungkin keluarga ??
mungkin juga masyarakat setempat?
atau mungkin negara ??
sesungguhnya ilmu itu akan mengangkat martabat bangsa itu sendiri
tapi cukupkah kita ilmu untuk membiimbing masyarakat setempat

kalau belum
tingkat kan amalam. tingkat kan iman
sesungguh bangsa itu dinilai dengan keilmuannya..

Monday 11 January 2016

BUDI BUKAN HARTA

hanya sekadar menilai dengan paras rupa sahaja sudah cukup buat kita kah
kenali orang bukan kerana hartanya yang berani dikeluarkannya
tetapi kenali orang biar dari budi nya
sandiwara hanya akan makan diri sendiri .
dgn sandiwara jugak kita dipandang hina oleh masyarakt

#tutup buku buka hati

KATA ORANG

CINTA itu indah
hadir tanpa disedari .
pergi tanpa disuruh
hilang tidak dicari

mengapa ada yang sangup menjual harga diri mereka ke manusia durjana
atau syaitan bertopengkan manusia

BANGUN wahai pencinta
cinta kan bunga akan layu
cinta kan manusia akan mati
cinta kan Allah kekal abadi
itu lah cinta cinta yang hakiki

#tanam iman suburkan jiwa