Friday, 2 June 2017

USAHA KE ARAH KECERMELANGAN

BUKAN NIAT DIHATI UNTUK MELAWAN
BUKAN KATA DIJIWA UNTUK MENGABAIKAN 
TETAPI DIRI INGIN MENJADI YANG BERPENDIDIKAN
BAGI MENGUBAH DUNIA YANG BERLAINAN..

Siapa sangka hidup didunia ini kadanganya keliru dengan kata, nama, cerita, latar belakang dan arahan. Jika kita dibawah kita akan merasakan takut dan hormat untuk bertutur dengan orang yang lebih berpengalaman atau berkuasa. Hal ini mungkin disebabkan diri yang mula memasuki dunia yang baharu. bak kata orang tua:

takut itu hanya mainan 
hormat itu satu keperluan 
jika dibahagikan dua kisah
ia akan mengumpulkan satu kebahagiaan..

Berikan jawapan dengan pasti, jelas dan yakin akan setiap perbuatan yang dibuat adalah benar. bukankah kejujuran merupakan belian paling mahal, bukan bercakap terus terang  itu adalah sesuatu paling berat, tetapi berapa ramai orang yang berani jujur akan setiap apa yang dibuat:

jujur merupakan permata dalam kehidupan,
keberanian merupakan satu lakaran,
jika perasaan takut menembusi ukiran,
maka corak kehidupan menemui kegagalan..

hiasi diri kita senyuman, kata-kata yang indah dan usahan yang terus menjadikan corak yang indah dalam setiap langkah. bukankah kehidupan itu memerlukan sokongan yang akan memberi makna dalam setiap pemikiran, dengan pemikiran lahirlah wawasan dan dengan wawasan terciptalah himpunan kecantikan.

bunga disirami air mekar warnanya
pokok dibasahi hujan lebat daunannya
pantai dilebasi ombak cantik pemandangannya
kita dihiasi senyuman indah namanya ...






Org_tua
bukan niat untuk ternama sekadar mengisi masa yang lapang 


Monday, 15 May 2017

semangat dan warkah untuk dirimu

semangat memang kadang nya luntuh dek diuji oleh pelbagai rintangan, namun hidup yang jarang kali kita bertemu perlu dihargai. kadang nya harapan kita hanya air hujan dipagi agar kita terus dilena sambil dibuai mimpi. Namun itu semua khayalan yang tidak mungkin terjadi dalam era legasi kita:

anak muda yang jauh perjalanan,
memerlukan masa utk berjalan,
mengharungi liku kehidupan,
yang masih terbentang luas dipersada dunia.

kegembiraan itu saat kita ukirkan senyuman, kegembiraan itu saat kita ukir kan senyuman di wajah yang suram, kegembiraan itu kadang-kadang hanya dapat ditafsir dalam bait perkataan dan kegembiraan itu kadangnya tepacar dalam keriangan wajah:

TERUSKAN BERJUANG WALAU IA SAKIT,
TERUSKAN MENGHUNUS PEDANG WALAU IA PEDIH,
TERUSKAN BERLARI WALAU IA PERIT,
SAMPAI MASA AIR MATA AKAN MENGALIR GEMBIRA..

bukan nya mudah mengatur langkah, bukan nya senang melebar nama, bukan lah diri untuk bertahta tetapi cuma ingin mengingati sesama kita bahawa :

kewibawaan seseorang itu pada hatinya,
kekuatan seseorang itu pada emosinya,
kecekapan seseorang itu pada jiwanya,
dan kesetiaan seseorang itu pada ilmunya..

jangan melunturkan air di mata, jangan menyesali apa yang didada, jangan pernah meningalkan apa yang dibina, jangan pernah kecewa apa yang di jiwa..




bersabar....tabah.. ....berdoa






ig:org _tua
hanya aku cinta kau seorang




Sunday, 9 April 2017

kesedihan dan kegembiraan

bila sang mentari mula menghilang,
sang bulan terus menjelma,
bila sang bulan meninggalkan kita,
sang mentari menceriakan hidup kita.

begitu lah putaran dalam kehidupan. manusia yang alpa dalam mengejar cinta ilahi.
terus merangka keindahan bumi sehingga melupakan tujuan kewujudan kita.
putra putri negara tercinta dengarlah:

duka dan lara itu hanya lah ujian yang sementara
gembira dan tawa hanya lah hiasan semata-mata.
tipu dan muslihat adat dalam kehidupan kita,
mati dan hidup adalah betul serta nyata.

adakah tujuan hidup kita hanya untuk terus meneroka kegembiraan,
atau sebenarnya kita ada tujuan asal kita di sini.
adakah tuhan mencipta kita tanpa bayangan masa hadapan,
AL QURAN dan AS SUNNAH telah memperingatkan kita bahana kehidupan.

kenapa kita masih sombong dibumi yang bukan milik kita,
adakah ini dinamakan kehidupan jika ianya hanya seketika,
adakah ini makna kegagalan untuk mencapai keseimbangan manusia
pada agama dan kemajuan diselaraskan bersama?

buka lah hati, jadikan lah kegembiraan yang dicapai adalah 
kegembiraan pada jalan allah...


nasihat pada hamba yang gagal,









Monday, 16 January 2017

bila jauh terus merindui
bila dekat terus disayangi
namun tika aku hidup disini
hanya lah mentari memanasi diri.


pernah jua terfikir, akan fajar yang timbul memberi makna apa ? bulan yang muncul memberi erti apa ?
namun pantas ku menoleh akan diri yang usang penuh dengan kehinaan ini dan terus mengimbas  kenikmatan yang diberikan cuma sementara sahaja. begitu lah ianya disambung dari satu generasi ke generasi yang lain .

dulu ia berharga dari permata 
disimpan bagai harta pencarian,
kini terus dijual tanpa nilai 
cinta terus dipadamkan.

masa yang ada terus kita persiakan. terus bermain dengan keindahan alam yang sementara, leka dengan permainan dan rentak irama dunia. biarpun kita terlambat, kita tetap membiarkannya, 
kerana :

kehidupan tanpa arah (tiada motif)
rentak tanpa irama (tiadahala tuju)
diri tanpa senyuman(kemanisan)
lagu tanpa dendangan(kegembiraan)

tiada motif dalam kehidupan dan terus berlari dari jalan yang benar, mencari keindahan tipuan dunia yang fana, tidak kisahkan penderitaan yang dialami. tangisan demi tangisan terus dilempahkan ..
disana:

sesaat di sana terus berjuang, 
tidak tahu bila akan ditarik nyawa.
saat disini terus terleka ,
tidak menghiraukan kesengsara dan kezaliman.

ayuh bertalukan doa, pinjam kan sesaat terus berdoa. kerana senjata mukmin sejati adalah doa
dan doa merupakan simbolik bagi pistol dan ALLAH sebagai pelurunya  kerana:

setiap doa memerlukan masa,
dan setiap masa memerlukan saat,
hidup ibarat bola yang berpusing .
sesaat kita diatas tidak selamanya diatas..


Wednesday, 2 November 2016

SELANGKAH MENUJU MU

siapa sangkah langkah akan berakhir dengan kematian dan ianya pasti?
siapa yang mampu menghentikan langkah selain dari Dia ?

cinta itu bulat dan bersinar,
senarilah dengan cahaya keimanan,
bukan hasad dengki manusia yang mencemar,
dek kain putih dicomoti kepalsuan dan permainan.

lumrah manusia itu merasai kasih sayang, merasai perlu dihargai, terasa kurang kasih sayang dan mengharapkan simpati saat sukar mendatang. tapi ingat :

masa itu perlu dalam percintaan,
hidup memerlukaan langkah yang baik.
tanpa cinta dalam kehidupan ,
langkah kita mungkin terbatas dan terbalik.

siapa sangka saat ini kita masih leka dengan permainan cinta dunia yang tak pernah berhenti dan bersandiwara dalam kehidupan kita . bila sudah tertipu:

cinta itu palsu dan benggis,
cinta itu dijijikan dan dan dipermainkan.
namun tetap sahaja ianya  terus,
bermain dengan kenikmatan dunia yang mensiakan.

elok sahaja betol kan niat agar kita sentiasa bermain dengan cinta yang sejati dalam panduan dan jalan yang lurus. anak muda dan generasi islam baharu. perubahan itu kita laksanakan kerana allah tak akan mengubah sesuatu kaum( bangsa, agama  dan negara) itu melainkan mereka mengubah nya.
dengar lah:

teruskan langkah menghadapi rintangan,
tersungkur dalam medan bangkit dan berikan tentangan.
perjalanan kita masih jauh untuk mendepaninya,
kejarlah cinta-Nya sebelum mencntai hambanya.

#dakwah_itu_indah
#hamba_nasihat
#hidup_itu_memerlukan_maklamat_yang_jelas
#senyum

Tuesday, 11 October 2016

HAKIKAT DAN REALITI

pemodenan acap kali kita dengar di era pemodenanan ini telah menghasut siswazah-siswazah yang mempunyai daya pemikiran yang matang .... wawasan 2020 dari pelaksanaan matan perdana menteri ke-3 semakin kabur dek kewujudan pelbagai kontrovosi, amalan jenayah kolar putih diperingkat tinggi dan pelbagai ancaman yang munculdalam negara kita.

merah dan kuning .. warna negara yang tercinta. imbas kembali warna Jalur Gemilang.
merah membara semangat wajar
putih mu bersih budi pekerti
kuning berdaulat payung negara 
biru perpaduan kami semua...
adakah lagu ini terbina untuk mengucar kacirkan pendirian kita
mana nya semangat bangsa melayu yang ingin kan perubahan.
jangan disangkakan melayu itu pentingkan diri .. akibat nya akan merana seumur hidup..
kita bangsa melayu, bangsa kepahlawanan, darah pendekar, darah hang tuah dan ingat lah tak akan hilang melayu didunia..
mana perpaduan yang terbina sejak zaman pemerintahan matan perdana menteri pertama Tun Abdul Rahman Putra AL-Haj..

walaupun kita sehati, satu bangsa satu identiti tetapi jiwa masing-masing..
masihkah kita memikirkan diri kita, bukannya bangsa ?
sedarlah akan kewujudan melayu yang dahulu bersatu padu, melawan penjajah dri selatan hingga lah timur,peperangan tiga segi, peperangan saudara, semua nya akibat kejatuhan EMPAYAR ketamadunan kita akibat dari mementingkan diri sendiri....

JIKA ALLAH HADIR KAN TUN DATO ONN JAAFAR SEBAGAI PERMULA LEGASI PEMBENTUKKAN MALAYSIA , MAKA ALLAH HADIR KAN PEMIMPIN UNTUK MEMIMPIN NEGARA MALAYSIA.
JIKA ANDA MAHUKAN KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN INGAT LAH 
BAHAWA ISLAM TERBINA ATAS DASAR MENJAGA KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN UMMAH...

#REALITI.. ELAKAN PERGADUHAN LAKUKAN KEAMANAN
semua orang ada hak untuk bersuara.. untuk menyelesaikan pergaduhan bukan dengan cara kekerasan tetapi dengan kelembutan BERBINCANGLAH 

Thursday, 6 October 2016

hakikat bukan kenyataan

ombak melibas pantai tanpa henti"
angin meniup diri yang sedang dilema
mencari pencinta atau pemilik cinta
saat semua kata-kata itu dihempas dalam ingatan saat itu aku mula sedar bahawa
CINTA sebenarnya UJIAN bagi KITA sebagai SEORANG HAMBA

lumrah pencintaan,menyanyangi serta disayangi
bila dicerita pasal hukum.
apa kah hukumnya bercinta di zaman persekolah yang penuh cabaran dan zaman di institusi pengajian tinggi yang penuh dilema?
namun pendapat saya,
yang halal tetapnya halal dan yang haram tetapnya haram,
dalam dunia ni mesti ingat bahawa yang haram tetap haram dan tak akan ada cara yang akan menghalalkan yang haram

keluasan hidup didunia ni sementara dan sempet semata jika di bandingkan kan kenikmatan syurga ilahi telah mengabaikan tugas kita sebagai seorang hamba
berbalik pada topik kita.
untuk kuat kan apa yang saya cakap kata tokoh terkenal mesti diletak.. Rasulullah saw
"umat diakhir zaman akan mengikut golongan yang paling ramai, sedangkan golongan yang sedikit itu benar."
benda ni telah wujud pada era masa kita kini..
benda yang janggal dan berdosa itu diagung kan dan yang elak dari perbuatan dosa itu dianggap pelik..

keikutan sifat ingin mencuba dan ingin meneroka ke alaf percintaan ala moden telah menyebabkan aqidah dan umat diakhir zaman ini lemah untuk memberi dan menegakkan lagi warna keindahan islam.
wahai anak mudah islam
ingat nabi bukan sahaja tinggalkan kan kita dua benda dijadikan panduan hidup al-quran dan assunah
jika kamu ikut kamu akn terselamat dari seksaan azab api neraka ..
tapi nabi tinggalkan amanah menjaga dan memelihara agama yang sekian lama diwujudkan ...
AGAMA ISLAM .. jika kita tidak memertabatkan agama islam siapa lagi??

jika allah hadirkan teknologi untuk merosakan
jadi allah datangkan intelektual untuk kita menggunakan

setiap yang berlaku ada hikmahnya

yang baik datang dari allah
yang buruk dari saya sendiri
hanya selingan dakwah
hamba yang menyampai