Tuesday 3 December 2019

Ujian itu indah

berbicara dalam hati akan ada satu masa aku akan menangis jua, tapi apa yang aku tahu bukan hanya aku sahaja yang ada perasaan, hati dan jiwa. ada mungkin yang menerima nasib yang sama, malah ada yang lebih jauh lebuih hebat ujiannya. ketika mana kita diuji, kita perlu sedar bukan kita sahaja yang hidup dibumi tuhan ini.

lakaran takdir ditulis setiap hari, 
bukan diri yang menetapkan ini, 
tetapi ianya suratan dari ilahi, 
perlu untuk kita redha dan berlapang hati. 

MLY                                    
melihat dari ujian yang tuhan telah tulis dalam pelayaran hidup  kita, perlu untuk kita ingatkan pada diri yang sering kali alpa pada keindahan sementara dunia bahawa adakala ujian itu mengajar untuk menjadi kuat, mendidik kita untuk belajar bersangka baik dan ujian jugak membuatkan kita lebih hebat dalam menghadapi masalah yang mungkin akan berlaku sekali lagi dalam hidup kita. sabda nabi muhammad, dalam hadis riwayat muslim, 

“Sungguh menakjubkan urusan seorang Mukmin. Segala perkara yang dialaminya sangat menakjubkan. Setiap takdir yang ditetapkan Allah bagi dirinya adalah kebaikan. Apabila kebaikan dialaminya, maka dia bersyukur dan hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila keburukan menimpanya, dia bersabar dan hal itu merupakan kebaikan baginya.” 

ini lah kelebihan orang yang beriman dan tidak mengharapkan balasan dari manusia, kerana ada satu sifat manusia yang sukar diubah iaitu tidak pernah puas dalam mendapatkan sesuatu yang telah dimilikinya. dan jika kita menurut akan sifat manusia itu, kita akan sentiasa rugi tetapi sebaliknya jika kita turut perintah dan balasan dari tuhan, balasan yang besar akan datang kepintu rezeki sama ada didunia  ataupun diakhirat kelak. 

jalan cerita mungkin berbeza
tidak menjadi penghalang untuk berjaya, 
bukan diri nak berbecara, 
tetapi nasihat untuk diri bersama. 
MLY                            


No comments:

Post a Comment